Caranya adalah dengan menggunakan otak kanan. Jika untuk mengajar diri anda sendiri tiada apa-apa persediaan yang diperlukan. Anda boleh pergi kursus mereka 1 setengah hari dan balik boleh hafal dengan group kawan-kawanusrah ke.
Tetapi jika kanak-kanak, dalam umur yang agak awal ada 2 persediaan yang diperlukan seperti dibawah :
1. Kanak-kanak perlu tahu nombor dan turutannya
Sebelum mempelajari teknik ini, kanak-kanak perlu tahu nombor dan turutannya . Untuk surah Juzuk Amma dia perlu tahu nombor 1- 47 kerana surah terpanjang dalam Juz Amma mempunyai 47 ayat. Boleh juga bermula jika dia hanya tahu no. 1-3 sahaja tetapi hanya surah yang mempunyai 3 ayat sahaja yang boleh diaplikasikan dengan teknik ini. (Cth surah al Ikhlas)2. Ajar kanak-kanak ‘mesra’ dengan nombor-nombor atau lebih baik ajarlah mereka matematik atau Mental Arithmetic seawal mungkin.
Ini supaya mereka mudah dan biasa dengan nombor dan boleh mengaitkan nombor itu dengan ayat al Quran. Contohnya mereka perlu lancar menjawab selepas nombor 8 adalah 9. Tetapi jika mereka masih perlu mengira dari 1..2…3…4 – 9 untuk mengetahui jawapannya adalah 9 (kebiasaan kanak-kanak awal pra sekolah adalah seperti ini), bermakna teknik ini belum lagi sesuai untuk mereka. Kita tidak mahu mereka sibuk mengira ketika sedang membaca dan menghafal al Quran. Alhamdulillah anak saya menguasai Mental Arithmetic pada umurnya 5 tahun maka teknik hafazan al Quran ini sangat cepat dikuasainya kerana nombor adalah sebahagian dari diri dia. Teringat saya akan Darwish dengan jawapan spontannya bila saya bertanya kenapa dia berdiri tegak dan menggerakkan jari bila melakukan mentak arithmetic tetapi menggoyangkan badan dan menggerakkan kepala bila menghafal al Quran. Jawab Darwish.. “Mom, I cant control my brain, my body and my fingers when I see numbers or al Quran! It moves by itself… it is automatic!”
3. Kanak-kanak Perlu Dilatih Otak Kananya untuk meningkatkan “Kemahiran Photographic” Memory Mereka
Dalam Kursus Right Brain, saya ada tunjukkan video sesi saya bermain dengan Darwish, dimana Darwish menyusun ‘square pieces’ yang berwarna mengikut warna dengan betul hanya dengan sekali imbas sahaja susunan grafik yang ditunjukkan kepadanya. Ahh.. saya pun tak tahu apa nama patut saya berikan permainan yang saya main bersama anak saya ini. Tetapi ia sangat membantu untuk meningkatkan kemahirannya mengingat warna dan kedudukan susunan. Latihan itu berguna untuk intro yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang ingin didedahkan dengan Teknik Hafazan Nadi AlBahdadi ini. Mereka perlu diajar tentang menangkap memori untuk disimpan sebagai imej visual dalam otak mereka supaya kemudian boleh mengeluarkan imej tersebut walaupun ianya telah tiada. Atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘Photographic Memory’. Teknik Nadi Neurofisiologi ini memerlukan kanak-kanak mengingat apakah ayatnya dan dimanakah kedudukan ayat tersebut.Contohnya Surah An Naba’ dibawah ini.. posisi kedudukan ayat adalah seperti dibawah. Seorang kanak-kanak itu perlu dengan cepat perlu mengingat dan mengetahui dibawah no. 3 adalah no. 6, atau kedudukan diatas nombor 8 adalah no. 5. Kemudian kaitkan kedudukan nombor ini dengan ayatnya. Contohnya No. 5 posisinya adalah kedudukan tengah baris kedua dan ayatnya adalah “thumma saya’lamun”
1 2 3
4 5 6
7 8 9

Taken From http://blog.islamicparentingnetwork.net/wp/kaedah-hafazan-neuro-nadi-kemampuan-menghafaz-al-quran-dengan-turutan-terbalik/
No comments:
Post a Comment